
Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah SJK(T) Ladang Elphil telah diadakan pada 10 Oktober 2025 bertempat di kawasan sekolah. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, menggalakkan gaya hidup sihat, serta mengeratkan hubungan antara warga sekolah melalui pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Program dimulakan pada pukul 7.45 pagi dengan semua warga sekolah berkumpul di dataran perhimpunan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak, dan lagu sekolah. Seterusnya, Hari Sukan Negara 2025 dirasmikan dengan persembahan gimik oleh murid Tahun 6. Pada pukul 8.15 pagi, aktiviti senamrobik diadakan dan disertai oleh semua guru serta murid dengan penuh semangat dan keceriaan. Seterusnya, pada pukul 8.45 pagi, aktiviti sukaneka dijalankan. Pelbagai acara menarik seperti "musical cup", "do not drop the balloon challenge", aktiviti masukkan penyedut dalam botol tanpa menggunakan tangan dan pelbagai aktiviti lain telah diadakan mengikut kumpulan. Murid-murid menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan bekerjasama dengan baik dalam setiap acara. Selepas itu, pada pukul 10.15 pagi, semua warga sekolah berehat sambil menikmati makanan yang disediakan. Aktiviti pembelajaran (PdPc) diteruskan seperti biasa pada pukul 10.35 pagi. Program tamat pada pukul 12.05 tengah hari dengan semua murid bersurai dengan penuh kegembiraan. Secara keseluruhannya, sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat baik daripada semua warga sekolah. Program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk semangat kesukanan, kerjasama, dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.