Sempena sambutan Hari Sukan Negara, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti senamrobik di dewan sekolah dengan penyertaan murid-murid dan guru-guru. Aktiviti dimulakan dengan sesi pemanasan badan sebelum para peserta mengikuti gerakan senamrobik yang dipimpin oleh guru. Semua peserta mengambil bahagian dengan aktif dan penuh semangat sepanjang aktiviti berlangsung. Setelah selesai aktiviti senamrobik, para peserta menjalankan aktiviti menyejukkan badan bagi merehatkan otot dan menstabilkan pernafasan. Program ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua warga sekolah. Aktiviti ini dapat meningkatkan kecergasan fizikal, menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga sekolah.