Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

Sambutan Hari Sukan Negara Sekolah Dalam Hospital, Hospital Tunku Azizah

Program ini melibatkan aktiviti senamrobik dan sukaneka yang ringkas, santai serta bersesuaian dengan tahap kesihatan dan keupayaan murid Sekolah Dalam Hospital (SDH). Aktiviti dirancang untuk menggalakkan pergerakan fizikal, meningkatkan koordinasi serta memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada murid. 1. Senamrobik Ceria bersama Unit FisioterapiMurid mengikuti sesi senamrobik ringan yang dikendalikan oleh Unit Fisioterapi Hospital Tunku Azizah. Pergerakan disesuaikan mengikut kemampuan murid dan boleh dilakukan secara berdiri atau duduk. Aktiviti ini bertujuan menggalakkan pergerakan fizikal dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat. 2. Finger Football ChallengeMurid menggunakan jari untuk menggerakkan bola kecil ke arah gol yang disediakan. Aktiviti ini melatih koordinasi mata dan tangan serta kemahiran motor halus. 3. Bottle Flip ChallengeMurid mencuba untuk mendaratkan botol plastik dengan posisi yang betul selepas membuat balingan ringan. Aktiviti ini menggalakkan fokus, koordinasi dan kesabaran. 4. Cup & Ball Team ChallengeMurid bekerjasama secara berpasangan atau berkumpulan untuk menggerakkan dan memindahkan bola menggunakan cawan sehingga ke sasaran yang ditetapkan. Aktiviti ini menggalakkan kerjasama, komunikasi dan koordinasi. 5. Pertandingan Kipas Ikan Masuk PingganMurid menggunakan kipas kertas untuk menggerakkan ikan kertas sehingga masuk ke dalam pinggan atau sasaran yang disediakan. Aktiviti ini melatih koordinasi mata dan tangan serta memberikan pengalaman permainan yang menyeronokkan.

Event Information

Event Date 09-10-2026 10:00 am - 12:00 pm
Capacity 40
Registered 0
Available Place 40
Individual Price Free
Location Sekolah Dalam Hospital, Hospital Tunku Azizah