Sempena sambutan Hari Sukan Negara, pihak sekolah telah menganjurkan aktiviti senamrobik dan lari santai di sekitar taman berhampiran sekolah. Aktiviti ini bertujuan menggalakkan murid mengamalkan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga sekolah. Melalui aktiviti yang menyeronokkan dan aktif ini, murid dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan sambil menjaga kesihatan dan kecergasan diri.