Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2026 akan dilaksanakan pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) di SJKT Fletcher sebagai satu usaha untuk menggalakkan budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Program ini memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan dan riadah melalui konsep penglibatan bersama (mass participation). Pelaksanaan program ini juga selaras dengan matlamat untuk melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui pengalaman serta penyertaan dalam aktiviti fizikal. Antara aktiviti utama yang akan dilaksanakan ialah senamrobik dan permainan kecil secara berstesen. Berdasarkan perancangan program, permainan kecil melibatkan lima stesen, iaitu Stesen 1: Tendang Bola – Small Goal Pose, Stesen 2: Memukul Bola Hoki, Stesen 3: Bola Jaring, Stesen 4: Tin Bowling dan Stesen 5: Stacking. Aktiviti-aktiviti ini dirancang bagi memberikan peluang kepada murid untuk bergerak aktif, meningkatkan kecergasan, koordinasi dan ketangkasan serta memupuk nilai kerjasama, disiplin, keyakinan diri dan semangat kesukanan. Penglibatan guru bersama murid dalam aktiviti juga dapat mengeratkan hubungan serta mewujudkan suasana sekolah yang lebih ceria, aktif dan harmoni.   Secara keseluruhannya, Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2026 diharapkan dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan aktiviti fizikal, kecergasan dan amalan hidup sihat. Program ini bukan sahaja memberi pengalaman sukan yang menyeronokkan kepada murid, malah menjadi medium untuk membina semangat kekitaan, menggalakkan interaksi positif antara guru dan murid serta membentuk sikap bekerjasama dan bertanggungjawab. Dengan kerjasama semua pihak, program yang dilaksanakan pada 10 Oktober 2026 ini diharapkan dapat mencapai matlamat yang ditetapkan dan memberi impak positif kepada seluruh warga SJKT Fletcher.

Event Information

Event Date 10-10-2026
Event End Date 10-10-2026
Registration Start Date 10-10-2026
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SJKT FLETCHER