Aktiviti-aktiviti yang berlangsung pada hari tersebut melibatkan klinik sukan seperti bola sepak, sepak takraw, bola jaring, stacking speed, pickleball dan bengkel senam aerobik yang dikendalikan oleh guru-guru kelab/permainan terpilih. Murid-murid lain yang tidak terlibat akan mengikuti permainan dalaman yang diuruskan oleh guru muda dan fasilitator/murid yang dilantik oleh guru.