KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2026
PENERANGAN PROGRAM: Karnival Sukan dan Permainan Sempena Hari Sukan Negara Tahun 2026 merupakan satu program yang dirancang bagi menggalakkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti fizikal, sukan dan permainan. Program ini memberi peluang kepada murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 untuk mengembangkan kemahiran asas sukan dalam suasana yang menyeronokkan, sihat dan kompetitif.Dua pertandingan utama dicadangkan, iaitu pertandingan Penalti Bola Sepak bagi murid lelaki dan pertandingan Netball Shooting bagi murid perempuan. Kedua-dua aktiviti dipilih kerana mudah dilaksanakan, dapat melibatkan ramai murid dan boleh dijalankan dalam tempoh masa yang ditetapkan. OBJEKTIF• Memberi peluang kepada murid Tahun 4, 5 dan 6 menyertai aktiviti sukan secara aktif.• Memupuk minat dan kecenderungan murid terhadap sukan dan permainan.• Meningkatkan kemahiran asas menendang, menjaring, koordinasi mata-tangan dan kawalan pergerakan.• Memupuk nilai disiplin, keyakinan diri, kerjasama dan semangat kesukanan.• Mewujudkan suasana sekolah yang aktif, sihat dan ceria sempena Hari Sukan Negara.• Memberi ruang kepada murid untuk mengenal pasti dan mengembangkan potensi dalam bidang sukan.
Event Information
|
Event Date |
10-09-2026 9:00 am - 12:00 pm |
|
Capacity |
180 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
180 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
SK MENJALARA
|
We are no longer accepting registration for this event