STESEN 1 – PENALTI Peserta perlu melakukan tendangan penalti ke arah gol dan mengumpul mata berdasarkan jumlah jaringan yang berjaya. STESEN 2 – BOLA PING PONG DALAM BAKUL Peserta perlu memasukkan bola ping pong ke dalam bakul dari jarak yang ditetapkan. STESEN 3 – JATUHKAN KON MENGGUNAKAN BOLA Peserta perlu menggunakan bola baling untuk menjatuhkan kon. STESEN 4 – BALING GELUNG KE DALAM KON Peserta perlu membaling gelung supaya berjaya masuk ke dalam kon sasaran. STESEN 5 – TIMBANG BOLA TAKRAW Peserta perlu menimbang bola takraw menggunakan kaki dan mencatat jumlah timbangan yang berjaya dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.