Hari Sukan Negara merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk membudayakan amalan hidup sihat serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan dan aktiviti fizikal. Sehubungan itu, SMK Vivekananda mengambil inisiatif untuk menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara di peringkat sekolah sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental melalui aktiviti yang aktif, sihat dan menyeronokkan. Program ini melibatkan penyertaan murid dan guru dalam pelbagai aktiviti sukan, kecergasan dan rekreasi yang bersesuaian.