Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

FUN RUN HARI SUKAN NEGARA 2026 (2)

FUN RUN HARI SUKAN NEGARA 2026 (2) Program FUN RUN HARI SUKAN NEGARA 2026 ini melibatkan larian sejauh 3 km, dengan penyertaan 456 orang murid dan 41 orang guru. Aktiviti turut merangkumi sesi pemanasan badan, senamrobik, larian dan penyampaian hadiah.  Penerangan Program – Laporan Setiausaha Sukan Program FUN RUN HARI SUKAN NEGARA 2026 telah dianjurkan oleh SJK (C) Kwong Hon sebagai salah satu aktiviti sukan sekolah yang bertujuan menggalakkan murid mengamalkan gaya hidup sihat, aktif dan cergas. Program larian sejauh 3 kilometer ini melibatkan murid serta guru dan dilaksanakan dengan kerjasama seluruh warga sekolah tanpa mengira kaum dan jantina. Program dimulakan dengan murid berkumpul di dewan, diikuti nyanyian lagu Negaraku, lagu Wilayah Persekutuan dan lagu sekolah. Seterusnya, murid menjalani sesi pemanasan badan dan senamrobik sebelum memulakan acara larian. Para peserta menunjukkan semangat kesukanan, disiplin dan kesungguhan yang tinggi sepanjang aktiviti berlangsung. Selepas tamat larian, majlis penyampaian hadiah telah diadakan bagi menghargai pencapaian murid yang berjaya memperoleh kedudukan terbaik mengikut kategori masing-masing.  Secara keseluruhannya, program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama dan komitmen pihak pentadbir, guru serta murid. Program ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal murid, malah dapat memupuk nilai disiplin, semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Program seperti ini wajar diteruskan pada masa akan datang dengan penambahbaikan dari aspek keselamatan dan kesesuaian laluan larian.

Event Information

Event Date 09-10-2026 10:00 am - 1:30 pm
Capacity 497
Registered 0
Available Place 497
Individual Price Free
Location SJKC Kwong Hon