Program FUN RUN HARI SUKAN NEGARA 2026 ini melibatkan larian sejauh 3 km, dengan penyertaan 456 orang murid dan 41 orang guru. Aktiviti turut merangkumi sesi pemanasan badan, senamrobik, larian dan penyampaian hadiah.
Penerangan Program – Laporan Setiausaha Sukan
Program FUN RUN HARI SUKAN NEGARA 2026 telah dianjurkan oleh SJK (C) Kwong Hon sebagai salah satu aktiviti sukan sekolah yang bertujuan menggalakkan murid mengamalkan gaya hidup sihat, aktif dan cergas. Program larian sejauh 3 kilometer ini melibatkan murid serta guru dan dilaksanakan dengan kerjasama seluruh warga sekolah tanpa mengira kaum dan jantina.
Program dimulakan dengan murid berkumpul di dewan, diikuti nyanyian lagu Negaraku, lagu Wilayah Persekutuan dan lagu sekolah. Seterusnya, murid menjalani sesi pemanasan badan dan senamrobik sebelum memulakan acara larian. Para peserta menunjukkan semangat kesukanan, disiplin dan kesungguhan yang tinggi sepanjang aktiviti berlangsung. Selepas tamat larian, majlis penyampaian hadiah telah diadakan bagi menghargai pencapaian murid yang berjaya memperoleh kedudukan terbaik mengikut kategori masing-masing.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama dan komitmen pihak pentadbir, guru serta murid. Program ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal murid, malah dapat memupuk nilai disiplin, semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Program seperti ini wajar diteruskan pada masa akan datang dengan penambahbaikan dari aspek keselamatan dan kesesuaian laluan larian.