Senarai Acara HSN 2025

KEJOHANAN WEIQI MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH KE-7

KEJOHANAN WEIQI MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH KE-7 Kejohanan Weiqi Malaysia Sekolah Menengah Dan Rendah Ke-7 merupakan sebuah kejohanan berprestij peringkat kebangsaan yang melibatkan penyertaan pasukan dari sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh Malaysia. Kejohanan ini dianjurkan bertujuan memperkenalkan dan memperkembangkan sukan minda Weiqi dalam kalangan pelajar serta memupuk budaya bersaing secara sihat antara sekolah. Bagi edisi kali ini, setiap sekolah dijemput menghantar penyertaan secara berkumpulan, di mana satu pasukan terdiri daripada tiga orang pemain. Kejohanan akan dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu:•    Kategori Sekolah Rendah: Kumpulan U10 dan U13•    Kategori Sekolah Menengah: Kumpulan U16 dan U19 Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 11 dan 12 Oktober 2025, bertempat di Putrajaya. Pertandingan akan dijalankan mengikut format sistem Swiss untuk memastikan setiap pasukan mendapat peluang bersaing secara adil dan menyeluruh.

Event Information

Event Date 11-10-2025 9:00 am
Event End Date 11-10-2025 7:00 pm
Cut Off Date 22-09-2025
Capacity 250
Registered 0
Available Place 250
Youth 100
Children 150
Location Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin

We are no longer accepting registration for this event