Senarai Acara HSN 2025

SENAMROBIK DAN KEJOHANAN BOLA SEPAK PADANG 9 SEBELAH DAN BOLA KERANJANG (5 vs 5) ANTARA RUMAH SUKAN 2025

2.0 RASIONAL 2.1 Untuk membentuk seorang pelajar yang berdedikasi, berkeyakinan, bertanggungjawab dan mempunyai sifat-sifat murni, serta mahir bekerja dengan rakan-rakan sepasukan dan seperjuangan. 2.2 Organisasi sekolah memerlukan pelajar yang mempunyai nilai kepimpinan untuk mempertingkatkan prestasi sekolah dari segi disiplin, akademik, kokurikulum, budi pekerti dan semangat kerja. 3.0 MATLAMAT 3.1 Untuk melahirkan para pelajar yang berketerampilan di samping mempunyai sifat berkeyakinan yang tinggi di sekolah pada masa-masa akan datang. 3.2 Melahirkan pemimpin yang berwibawa, generasi yang berkaliber dan bertanggungjawab, serta berupaya memupuk sifat-sifat berpasukan. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat 4.2 Merealisasikan impian kerajaan dalam memupuk perpaduan dikalangan rakyat. 4.3 Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan. 4.4 Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat. 4.5 Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi. 5.0 STRATEGI PELAKSANAAN Tarikh : 10 Oktober 2025 ( Jumaat ) Masa : 7.30 – 10.00 pagi (Sesi Pagi) 4.45 – 6.45 petang (Sesi Petang) Tempat : Pavilion dan Padang SMK Bukit Mewah,Seremban Penyelaras Program : Unit Sukan SMK Bukit Mewah,Seremban Penyertaan Pasukan : Semua rumah sukan wajib menghantar satu pasukan untuk bertanding Bola Sepak : 12 orang pemain (12 Lelaki sahaja ) Bola Keranjang : 16 orang pemain ( 8 lelaki dan 8 perempuan )

Event Information

Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 10:30 am
Cut Off Date 08-10-2025 1:00 pm
Capacity 2000
Registered 0
Available Place 2000
Senior Citizens 10
Veterans 20
Youth 50
Persons with Disabilities (OKU) 5
Women 1000
Location SMK BUKIT MEWAH