
Sempena Hari Sukan Negara, SMK Bukit Rambai telah mengadakan aktiviti senamrobik beramai-ramai yang melibatkan semua murid dan guru. Aktiviti ini bertujuan menyemai amalan hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah. Senamrobik yang dijalankan juga menceriakan suasana dan memberi pengalaman menyeronokkan kepada para peserta.