
Kami dari JPKK Malim Jaya akan turut serta dalam program Hari Sukan Negara pada 10/10/2025.Aktiviti kami adalah senaman Taichi dan tarian plaza. Kedua-dua aktiviti ini dianjurkan sempena sambutan Hari Sukan Negara peringkat Melaka bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti-aktiviti sukan. Senaman Taichi kami ialah Taichi 18 gaya, yang menekankan penjagaan tubuh, regangan otot, melonggarkan sendi dan lain-lain. Pergerakannya agak perlahan, sesuai untuk golongan yang berusia. Manakala tarian plaza pula adalah lebih cepat, ringan dan berirama. Ia sesuai untuk mereka yang masih mampu melakukan pergerakan besar. Kedua-dua aktiviti ini dapat menguatkan tubuh badan.Kami berharap melalui aktiviti ini, penduduk Malim dan kawasan sekitarnya berpeluang menyertai aktiviti sukan komuniti kami sambil berkenalan dan mengeratkan silaturahim.