Senarai Acara HSN 2025

FUN RUN & WALK – SUKAN UNTUK SEMUA

FUN RUN & WALK – SUKAN UNTUK SEMUA Fun Run & Walk – Sukan untuk Semua adalah sebuah inisiatif yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Sukan Negara 2025 bagi menyahut seruan kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan. Program ini dirancang khusus untuk melibatkan penyertaan seluruh warga sekolah termasuk guru, staf, pelajar dan warga sekolah. Pengisian program dimulakan dengan sesi senamrobik dan pemanasan badan selama 30 minit, diikuti aktiviti utama iaitu Fun Run & Fun Walk sejauh 5KM yang dijalankan dalam suasana santai, dan riang. Melalui penganjuran ini, para peserta bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, memupuk nilai kerjasama, serta membentuk kesedaran tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Program ini menekankan bahawa aktiviti fizikal tidak semestinya kompetitif, tetapi boleh dijalankan secara menyeronokkan serta sesuai untuk semua golongan.

Event Information

Event Date 09-10-2025 7:30 am
Event End Date 09-10-2025 11:00 am
Capacity 780
Registered 0
Available Place 780
Location SMK AGAMA SIK