1.Pengenalan Program ini dijalankan bertujuan jutaan rakyat Malaysia bakal turun padang dan bersenam di seluruh tanah air dalam misi kita untuk menjadi sebuah negara bersukan.Selain itu, program ini berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Juga, program ini memberi peluang kepada setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Aktiviti sukan sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Sehubungan dengan itu,pihak sekolah perlu memastikan warga sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan cergas.
2.Objektif Program
2.1. Membudayakan program kesukanan di kalangan warga sekolah.
2.2. Mencungkil bakat yang dimiliki murid
2.3 Mengeratkan hubungan dan interaksi antara murid dan guru.
2.4 Pengurusan dan penyertaasn yang sitematik agar mencapai KPI Negeri dan Negara.
3.Nama Program Hari Sukan Negara
4.Tema Program Jom Senaman!
5.Modus Operandi
Guru dan murid wajib menyertai program Hari Sukan Negara. Pada 11.10.2024, sekolah akan menganjurkan senaman aerobik bermula pukul 7:15 pagi hingga 7:45pagi. Seterusnya akan menjalankan pertandingan bola racun bermula pukul 7.50 pagi hingga 9.00 pagi di gelanggang sekolah. Sasaran peserta adalah murid tahun 1 hingga 6.
6.Anjuran SJK C Pui Teh Jeram
7.Tarikh 11.10.2024 (Jumaat 7:15 pagi hingga 9:00 pagi )
8.Cadangan Lokasi Gelanggang dan padang sekolah
Event Date |
11-10-2024 7:15 am |
Event End Date |
11-10-2024 9:00 am |
Cut Off Date |
05-10-2024 10:00 am |
Capacity |
51 |
Registered |
0 |
Available Place |
51 |