Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

Senamrobik HSN SK Tanjong Manis 2026

Senamrobik HSN SK Tanjong Manis 2026 Acara dimulakan dengan sesi senamrobik perdana yang dihadiri oleh semua peserta dengan penuh semangat. Diketuai oleh instruktor daripada kalangan murid tahun 5 dan 6, sesi selama 30 minit ini merangkumi pergerakan regangan dinamik, senaman kardiovaskular bertempo tinggi, dan diakhiri dengan aktiviti penyejukan badan (cooling down). Kesemua peserta menunjukkan komitmen yang tinggi dengan mengikut setiap rentak pergerakan, sekali gus berjaya mencapai objektif program dalam memupuk amalan gaya hidup aktif serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga sekolah.

Event Information

Event Date 16-10-2026
Event End Date 16-10-2026
Capacity Unlimited
Individual Price Free