Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

SENAMROBIK DAN SUKANEKA

SENAMROBIK DAN SUKANEKA Program Senamrobik dan Sukaneka telah dilaksanakan sempena Sambutan Hari Sukan Negara di SK Orang Kaya Muda dengan penglibatan aktif murid dan guru. Aktiviti dimulakan dengan sesi senamrobik yang bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal, menyegarkan tubuh badan serta memupuk kesedaran tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti sukaneka yang menarik dan menyeronokkan, iaitu Bawa Bola Guna Gelung dan Dodgeball. Aktiviti Bawa Bola Guna Gelung menguji koordinasi, keseimbangan dan kerjasama berpasukan, manakala permainan Dodgeball menguji ketangkasan, kepantasan dan strategi peserta. Kedua-dua aktiviti ini berjaya mewujudkan suasana yang meriah, penuh gelak tawa dan semangat kesukanan. Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja memberi peluang kepada murid untuk bergiat aktif dalam aktiviti fizikal, malah turut mengeratkan hubungan antara warga sekolah, meningkatkan semangat berpasukan serta menyemai nilai disiplin, kerjasama dan kesukanan. “Aktif Bergerak, Sihat Sepanjang Hayat!”

Event Information

Event Date 16-10-2026 3:00 pm - 5:00 pm
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SK ORANG KAYA MUDA

We are no longer accepting registration for this event