Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Sempena Hari Sukan Negara 2026 Peringkat SJK(C) Chung Hua Tambirat dilaksanakan pada 9 Oktober 2026 (Jumaat), dari pukul 7.30 pagi hingga 10.30 pagi. Program ini melibatkan dua aktiviti utama, iaitu Senamrobik dan Merentas Desa. Pelaksanaan aktiviti ini bertujuan untuk membudayakan sukan, meningkatkan kecergasan fizikal serta menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan murid dan warga sekolah. Program ini juga menyokong usaha melahirkan masyarakat yang aktif bersukan selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang menggalakkan sikap saling menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya. Guru bertugas akan memantau pelaksanaan aktiviti bagi memastikan keselamatan peserta. Bekalan air minuman dan kemudahan pertolongan cemas akan disediakan mengikut keperluan. Laporan Pelaksanaan Program: https://drive.google.com/file/d/180dRE7tEsSfDf3HOa5gcenx7-SUXLDqy/view?usp=drive_link