Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

LARIAN SIHAT DAN CERGAS SEMPENA HARI SUKAN NEGARA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) BINTAWA TAHUN 2026

LARIAN SIHAT DAN CERGAS SEMPENA HARI SUKAN NEGARA  SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) BINTAWA TAHUN 2026 Program Larian Sihat dan Cergas Sempena Hari Sukan Negara SJK (C) Bintawa Tahun 2026 telah dilaksanakan pada 23 Oktober 2026 (Jumaat), dari jam 7:00 pagi hingga 8:00 pagi di kawasan sekolah. Program ini melibatkan penyertaan 303 orang murid, yang terdiri daripada 162 orang murid lelaki dan 141 orang murid perempuan daripada Prasekolah, Perdana dan PPKI. Selain itu, seramai 40 orang guru dan PPM turut terlibat dalam menjayakan program ini. Pelaksanaan program bertujuan menggalakkan penglibatan aktif seluruh warga sekolah dalam aktiviti fizikal serta memupuk kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat dan aktif. Murid mengambil bahagian dalam aktiviti larian secara teratur dengan pemantauan dan bimbingan guru serta PPM.  Secara keseluruhannya, Larian Sihat dan Cergas Sempena Hari Sukan Negara SJK (C) Bintawa Tahun 2026 telah dilaksanakan dengan baik dan mendapat penyertaan daripada seluruh warga sekolah. Program ini berjaya menggalakkan penglibatan aktif murid serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal, kecergasan dan gaya hidup sihat. Penyertaan murid daripada Prasekolah, Perdana dan PPKI turut memperlihatkan komitmen sekolah dalam melaksanakan aktiviti sukan secara inklusif dan menyeluruh.     2026年民达华国民型华文小学——国家体育日健康活力跑于2026年10月23日(星期五)早上7时至8时在民达华国民型华文小学(SJK (C) Bintawa)校园内顺利举行。 本次活动共有303名学生参与,其中男学生162人,女学生141人,参与学生包括学前教育班(Prasekolah)、正规班(Perdana)及特殊教育班(PPKI)的学生。此外,共有40名教师及教育辅助人员(PPM)参与活动,共同协助活动的进行。 本次活动旨在鼓励全体学生积极参与体育活动,并提高学生对健康及积极生活方式重要性的认识。在教师及PPM的指导与监督下,学生有秩序地参与跑步活动,并根据各自的能力积极完成活动。 总体而言,2026年国家体育日健康活力跑顺利进行,并获得全体学校成员的积极参与。活动有效促进学生积极参与体育活动,同时提高学生对运动、身体健康及健康生活方式重要性的认识。学前教育班、普通班及PPKI学生共同参与此次活动,也充分体现学校推动共融、全面及积极的体育活动的承诺。   https://www.facebook.com/share/v/19YKGb3Fd8/

Event Information

Event Date 23-10-2026 7:00 am - 8:00 am
Capacity 500
Individual Price Free
Location SJKC BINTAWA