Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SK BUKIT PAPIT SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SK BUKIT PAPIT SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026 Kejohanan Lari Merentas Desa Peringkat SK Bukit Papit merupakan program tahunan di bawah Unit Kokurikulum yang bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, daya tahan dan stamina murid melalui aktiviti larian jarak jauh. Program ini juga bertujuan memupuk semangat kesukanan, disiplin diri, kerjasama berpasukan dan persaingan sihat dalam kalangan murid. Pelaksanaan kejohanan ini memberi peluang kepada murid untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, di samping mencungkil bakat serta mengenal pasti murid yang berpotensi untuk mewakili sekolah dalam pertandingan olahraga pada peringkat yang lebih tinggi. Kejohanan ini turut menyokong pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) dalam usaha melahirkan murid yang cergas, berdaya saing, berdisiplin dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan demi kecemerlangan sukan dan kokurikulum SK Bukit Papit.

Event Information

Event Date 23-10-2026 7:00 am - 11:00 am
Capacity 45
Individual Price Free
Location SK BUKIT PAPIT