Pelaksanaan Hari Sukan Negara diadakan bagi menerapkan budaya sukan sebagai sebahagian daripada amalan dalam kehidupan harian warga Malaysia. Dalam usaha merealisasikan hasrat Malaysia sebagai sebuah negara sukan, penyertaan masyarakat di semua peringkat dalam aktiviti sukan dan penglibatan pihak organisasi adalah merupakan langkah penting dan perlu dilakukan secara bersama. Mengambil kira faktor pembudayaan sukan sebagai medium untuk memperkasakan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, Hari Sukan Negara telah dijadikan salah satu agenda nasional negara. Objektif: 1.1 Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan warga sekolah yang cergas dan aktif. 1.2 Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dikalangan warga sekolah. 1.3 Menggalakkan kegiatan aktif bagi mencegah masalah obesiti di kalangan warga sekolah