Program Hari Sukan Negara Tahun 2026 peringkat SK Mawang Taup melibatkan semua murid prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2. Program dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan, senamrobik, diikuti penyejukan badan dan regangan. Seterusnya, murid dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut tahap persekolahan, iaitu murid prasekolah dan Tahap 1 mengikuti aktiviti briskwalk, manakala murid Tahap 2 menjalani Ujian SEGAK Fasa 2. Aktiviti briskwalk bertujuan memupuk minat murid terhadap aktiviti fizikal, meningkatkan kecergasan tubuh badan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam suasana yang ceria dan selamat. Sementara itu, Ujian SEGAK Fasa 2 dilaksanakan bagi menilai tahap kecergasan fizikal murid melalui lima stesen ujian, iaitu Indeks Jisim Badan (BMI), tekan tubi ubah suai, ringkuk tubi separa, jangkauan melunjur dan naik turun bangku. Setiap stesen dikendalikan oleh guru bertugas yang bertanggungjawab melaksanakan ujian serta merekod pencapaian murid. Secara keseluruhannya, program ini bertujuan memantau perkembangan kecergasan fizikal murid, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan memupuk amalan gaya hidup aktif serta sihat dalam kalangan warga sekolah.