Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

HARI SUKAN NEGARA

HARI SUKAN NEGARA PendahuluanBagi menyahut seruan kerajaan dalam mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan, SJKC Nan Chiew telah berjaya menganjurkan sesi Senamrobik  sempena sambutan Hari Sukan Negara. Program ini adalah memupuk budaya gaya hidup aktif, sihat, dan cergas dalam kalangan warga sekolah. Butiran Pelaksanaan Tarikh: 9 Oktober 2026 (Jumaat) Masa: 7:00 pagi Tempat: Gelanggang SJKC Nan Chiew Sasaran: Pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan sokongan, dan semua murid. Objektif Utama Menerapkan kesedaran tentang kepentingan senaman fizikal dan penjagaan kesihatan seawal peringkat persekolahan. Merangsang tenaga, fokus, dan kecerdasan mental murid melalui pergerakan kardio sebelum bermulanya sesi akademik. Mengeratkan hubungan silaturahim dan integrasi antara guru, kakitangan, dan murid dalam suasana yang santai dan santun. Pengisian ProgramProgram bermula tepat jam 7:00 pagi di gelanggang terbuka sekolah dengan penuh bertenaga dan ceria. Di bawah bimbingan instruktur yang dilantik, seluruh warga sekolah bersatu hati melakukan gerakan senamrobik berpandukan alunan muzik yang rancak. Sesi ini menggabungkan rutin kardio berintensiti sederhana dan regangan yang selamat serta menghiburkan bagi semua peringkat umur. Impak dan PenutupAktiviti senamrobik ini berjaya membuka tirai sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah dengan impak yang amat positif. Selain memberikan kesegaran fizikal kepada murid, program ini turut membuktikan komitmen SJKC Nan Chiew dalam melahirkan modal insan yang seimbang dari segi akademik dan jasmani. https://drive.google.com/file/d/1p40a4wp19mE4iao3A1_rSmHANa3Lg-CR/view?usp=drive_link

Event Information

Event Date 09-10-2026 7:00 am - 7:30 am
Cut Off Date 09-10-2026 6:50 am
Capacity 73
Registered 0
Available Place 73
Individual Price Free
Location SJKC NAN CHIEW

We are no longer accepting registration for this event