Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Sekolah Kebangsaan Buntal

Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Sekolah Kebangsaan Buntal Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Buntal merupakan satu program yang dianjurkan bagi menggalakkan penglibatan aktif warga sekolah dalam aktiviti fizikal dan sukan. Program ini bertujuan memupuk budaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan dalam kalangan murid dan warga sekolah melalui aktiviti sukan yang menyeronokkan. Program ini telah diadakan pada 10 Oktober 2026 (Sabtu), bertempat di Dataran SK Buntal, bermula dari 7.20 pagi. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya senamrobik, futsal, bola jaring dan sukan rakyat. Aktiviti-aktiviti tersebut memberi peluang kepada murid untuk bergerak aktif, mengamalkan semangat kesukanan, bekerjasama dalam kumpulan serta membina keyakinan diri. Pelaksanaan Hari Sukan Negara ini diharapkan dapat membentuk warga sekolah yang cergas, aktif dan sihat di samping menerapkan nilai-nilai positif seperti kerjasama, disiplin, semangat berpasukan, toleransi dan kesungguhan. Program ini juga selaras dengan usaha sekolah untuk menjadikan aktiviti sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat dalam kalangan murid. Program Hari Sukan Negara Peringkat SK Buntal dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut: Meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kesihatan murid melalui aktiviti sukan dan rekreasi. Memupuk minat murid terhadap aktiviti sukan dan gaya hidup aktif. Menggalakkan penyertaan murid dalam aktiviti fizikal secara aktif dan menyeronokkan. Menerapkan nilai-nilai murni seperti disiplin, kerjasama, toleransi dan tanggungjawab. Memupuk semangat kesukanan dan semangat berpasukan dalam kalangan murid. Mengeratkan hubungan serta mewujudkan suasana yang harmoni antara murid dan warga sekolah. Memberikan peluang kepada murid untuk mengembangkan potensi diri melalui aktiviti sukan dan permainan.

Event Information

Event Date 10-10-2026 7:00 am - 10:30 am
Cut Off Date 10-10-2026 11:00 am
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free

We are no longer accepting registration for this event