Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA (HSN) 2026

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA (HSN) 2026 RINGKASAN PERJALANAN PROGRAM Program Hari Sukan Negara peringkat SJK Hua Nam telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Oktober 2026. Murid-murid dan para guru telah berkumpul di Stadium Bola Keranjang seawal jam 6.30 pagi dengan pakaian sukan lengkap. Program dimulakan dengan ucapan ringkas dan Taklimat Keselamatan pengurusan sekolah, diikuti dengan aktiviti utama iaitu Sesi Senamrobik Perdana yang dipimpin oleh Semua murid Tahun 6 dengan Bimbingan guru PJK. Semua murid dan guru menunjukkan komitmen serta semangat yang tinggi sepanjang aktiviti berlangsung. Program diakhiri dengan sesi penyejukan badan sebelum murid bersedia untuk sesi persekolahan biasa pada jam 7.30 pagi. KEKUATAN & IMPAK PROGRAM •              Kekuatan: Lokasi di Stadium Bola Keranjang memberikan ruang yang berbumbung, selesa, dan selamat untuk semua peserta. Masa yang singkat (1 jam) dimanfaatkan secara optimum tanpa mengganggu waktu P&P utama. •              Impak: Murid-murid kelihatan bersemangat, ceria, dan dapat memupuk Kesedaran Kepentingan Kecergasan Fizikal. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1.           Mengadakan aktiviti senamrobik dengan variasi muzik yang lebih pelbagai pada masa akan datang. 2.           Menyediakan ruang minuman (hydration station) yang lebih teratur selepas aktiviti fizikal.

Event Information

Event Date 12-10-2026 6:30 am - 7:30 am
Capacity 69
Registered 0
Available Place 69
Individual Price Tidak Berkenaan
Location SJK HUA NAM

We are no longer accepting registration for this event