Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

PORT HEALING RAKAN MUDA 2026 PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT

Program Port Healing Rakan Muda Peringkat Bahagian Kapit 2026 merupakan salah satu inisiatif di bawah program Rakan Muda yang bertujuan menyediakan ruang santai dan positif kepada golongan belia untuk berehat, berinteraksi serta meluangkan masa bersama rakan-rakan dalam suasana yang selesa dan kondusif. Program ini akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 2, bersempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Kapit 2026.Program ini memberi peluang kepada golongan belia untuk mengurangkan tekanan daripada rutin harian, membina hubungan sosial yang sihat serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan peserta. Melalui pendekatan santai dan mesra belia, program ini turut menggalakkan perkongsian pengalaman, interaksi positif dan pembentukan jaringan persahabatan dalam kalangan komuniti setempat.Selain itu, Program Port Healing Rakan Muda diharapkan dapat mewujudkan persekitaran yang menyokong kesejahteraan emosi, meningkatkan keyakinan diri serta menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam aktiviti kemasyarakatan.Penganjuran program ini diharap dapat menyokong usaha melahirkan generasi belia yang seimbang dari segi fizikal, mental dan sosial, selaras dengan aspirasi Rakan Muda untuk membentuk golongan belia yang aktif, positif, berdaya saing dan prihatin terhadap kesejahteraan diri serta masyarakat.

Event Information

Event Date 17-10-2026
Event End Date 17-10-2026
Cut Off Date 17-10-2026
Capacity 5000
Registered 0
Available Place 5000
Individual Price Free
Location SMK SONG 2

We are no longer accepting registration for this event