Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

PERTANDINGAN AEROBICHTON PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2026 (HSN)

Pertandingan Aerobicthon Peringkat Bahagian Kapit 2026 merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Kapit 2026 yang akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 2. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kecergasan fizikal serta membudayakan gaya hidup yang aktif, sihat dan cergas. Aktiviti Aerobicthon dilaksanakan secara berkumpulan dengan penyertaan 5 orang lelaki dan 5 orang wanita bagi setiap kumpulan, serta perlu dilaksanakan secara tanpa henti selama satu (1) jam. Selain menguji tahap kecergasan, stamina dan kreativiti peserta, pertandingan ini turut menjadi platform untuk memupuk semangat kerjasama, disiplin, keyakinan diri dan keseronokan dalam melakukan aktiviti fizikal secara berkumpulan. Pertandingan ini dibuka secara percuma kepada peserta yang berminat. Hadiah disediakan kepada Johan, Naib Johan, tempat Ketiga, Keempat dan Kelima, serta anugerah khas Peserta Lelaki Terbaik dan Peserta Wanita Terbaik.

Event Information

Event Date 17-10-2026
Event End Date 17-10-2026
Cut Off Date 17-10-2026
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SMK SONG 2

We are no longer accepting registration for this event