Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2026

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Kapit 2026 akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 2 sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan serta membudayakan gaya hidup aktif, sihat dan cergas. Program ini akan diserikan dengan penganjuran pertandingan melibatkan empat (4) jenis sukan, iaitu Futsal, Bola Jaring, Bola Baling dan Sepak Takraw. Pertandingan ini diadakan bagi menyediakan ruang kepada komuniti setempat untuk beriadah, mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan peserta. Bagi setiap pertandingan, hadiah yang disediakan adalah seperti berikut: 🥇 Johan – RM300.00 🥈 Naib Johan – RM200.00 🥉 Ketiga – RM100.00 Keempat – RM80.00

Event Information

Event Date 17-10-2026
Event End Date 17-10-2026
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SMK SONG 2

We are no longer accepting registration for this event