Hari Sukan Negara Peringkat SK Kpg. Angus Tahun 2026 merupakan program yang bertujuan membudayakan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga sekolah. Program ini dilaksanakan melalui aktiviti permainan bola jaring yang dapat meningkatkan kecergasan fizikal, memupuk semangat kerjasama berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan murid. Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dan menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.