1. MEWARNA POSTER HSN ü Aktiviti mewarna poster melibatkan semua murid tahap 1 ü - aktiviti bermula jam 7.40 pagi- jam 8.30 pagi 2. PASING BOLA PING PONG MENGGUNAKAN SUDU ü Setiap kelas dibahagikan kepada 4-5 kumpulan. ü setiap kumpulan mestilah terdiri daripada lelaki dan perempuan ü setiap kumpulan akan diberikan satu sudu dan bola ping pong ü apabila isyarat diberikan, murid akan membawa ping pong atas sudu mengelilingi meja/ kerusi dan kembali semula dalam kumpulan masing- masing dan pasing bola ping pong kepada peserta kedua dan seterusnya ü sekiranya bola ping pong jatuh, aktiviti hendaklah dimulakan semula di tempat bola itu jatuh ü - kumpulan paling cepat melakukan aktiviti ini dikira sebagai pemenang 3. PASING GETAH MENGGUNAKAN STRAW ü Kekalkan kumpulan sedia ada ü semua peserta akan diberikan straw masing- masing dan 1 getah ü apabila isyarat diberikan, murid akan membawa straw dan getah menggunakan mulut mengelilingi meja/ kerusi dan kembali semula dalam kumpulan masing- masing dan pasing getah kepada peserta kedua dan seterusnya ü sekiranya getah jatuh, aktiviti hendaklah dimulakan semula di tempat bola itu jatuh ü - kumpulan paling cepat melakukan aktiviti ini dikira sebagai pemenang 4. FLIP BOTOL PALING BANYAK ü Kekalkan kumpulan yang sama ü setiap kumpulan diberikan satu botol berisi air dan meja ü setiap peserta akan melakukan 1 percubaan untuk flip botol ü hanya botol yang berjaya diterbalikkan sahaja akan dikira sebagai mata ü jumlah flip paling banyak dikira sebagai pemenang ü - masa diberi 3 minit 5. BOLING PADANG ü Murid akan bertanding mengikut darjah/ kelas ü Setiap murid dalam kelas akan melakukan satu percubaan ü Botol yang jatuh akan dikira sebagai mata ü Jumlah botol jatuh paling banyak akan dikira sebagai pemenang ü