Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

KEJOHANAN MERENTAS DESA DAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK BUIT HILL 2026

Kejohanan Merentas Desa dan Hari Sukan Negara Peringkat SK Buit Hill Penampang 2026 merupakan program yang dilaksanakan bagi menggalakkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti sukan dan kecergasan serta membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Program ini menggabungkan Kejohanan Merentas Desa dengan sambutan Hari Sukan Negara melalui pelaksanaan tiga aktiviti utama, iaitu Senamrobik Hari Sukan Negara, Merentas Desa dan Sukan Rakyat. Pengisian program dirancang bagi memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang menyeronokkan, kompetitif dan bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Aktiviti Senamrobik Hari Sukan Negara dan Sukan Rakyat melibatkan murid Prasekolah hingga Tahun 6, manakala Kejohanan Merentas Desa melibatkan semua murid Tahap 2. Selain meningkatkan tahap kecergasan fizikal, program ini diharapkan dapat memupuk semangat kesukanan, disiplin, kerjasama, daya saing yang sihat serta mengeratkan hubungan dalam kalangan warga SK Buit Hill Penampang. Program ini akan dilaksanakan pada 9 Oktober 2026 (Jumaat) bertempat di SK Buit Hill Penampang dan kawasan laluan Merentas Desa yang telah ditetapkan.

Event Information

Event Date 09-10-2026 6:50 am - 5:00 pm
Capacity Unlimited
Individual Price Free
Location SK BUIT HILL PENAMPANG