Hari Sukan Negara di SM Sains Lahad Datu
Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan ini merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Negara Bersukan” (Sporting Nation).
Sehubungan itu, SM Sains Lahad Datu turut mengambil inisiatif untuk menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara melalui pelbagai aktiviti dan pertandingan sukan yang melibatkan warga sekolah. Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup aktif, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan dalam kalangan murid dan warga sekolah.