Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) SK Merintaman dilaksanakan pada 9 Oktober 2026 (Jumaat), dari pukul 7.00 hingga 9.00 pagi, melibatkan semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 serta semua guru. Program ini bertujuan memupuk gaya hidup aktif dan sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan antara warga sekolah melalui aktiviti sukan dan riadah yang menyeronokkan.