Hari Sukan Negara merupakan satu inisiatif tahunan Kementerian Belia dan Sukan yang diraikan pada bulan Oktober setiap tahun. Sambutan ini bertujuan untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan masyarakat Malaysia serta menggalakkan gaya hidup sihat, cergas dan produktif. Selaras dengan hasrat tersebut, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Tahun 2026 sebagai platform bagi warga sekolah menghayati kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Melalui penganjuran program ini, murid-murid bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan fizikal, malah berpeluang mengukuhkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan nilai murni. Selain itu, pelaksanaan Hari Sukan Negara di peringkat sekolah juga menyokong agenda kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang sihat, sejahtera dan berdaya tahan bagi menghadapi cabaran masa hadapan.
Event Information
Event Date
10-10-2026 6:30 am - 11:00 am
Capacity
1000
Registered
0
Available Place
1000
Individual Price
Free
Location
SEKOLAH KEBANGSAAN GUDON MENGGATAL
We are no longer accepting registration for this event