Hari Sukan Negara merupakan satu inisiatif untuk membudayakan amalan hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sambutan ini memberi peluang kepada warga sekolah untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal, sukan dan rekreasi secara bersama.
Sehubungan dengan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Pamol akan menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara 2026 sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, menggalakkan penglibatan dalam aktiviti sukan serta mengeratkan hubungan antara warga sekolah. Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Pamol juga akan melaksanakan Program Hari Sukan Negara 2026 dengan melibatkan murid arus perdana dan murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
Program ini diharapkan dapat mewujudkan suasana sekolah yang aktif, sihat, ceria dan harmoni di samping memupuk nilai kerjasama, disiplin, kepimpinan dan semangat kesukanan dalam kalangan murid.
Event Information
Event Date
10-10-2026 7:00 am - 12:00 pm
Capacity
Unlimited
Registered
0
Individual Price
Free
Location
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAMOL
We are no longer accepting registration for this event