Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

Hari Sukan Negara peringkat SK. Sualok

Hari Sukan Negara peringkat SK. Sualok SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT SK SUALOK   Tema: Sukan Bersama Warga SK Sualok   Tarikh: 9 Oktober 2026 (Jumaat) Masa: 7.00 pagi – 11.30 pagi Tempat: Sekolah Kebangsaan Sualok, Beluran, Sabah Penganjur: SK Sualok Sasaran: Semua murid, guru dan ibu bapa SK Sualok   OBJEKTIF PROGRAM   1. Menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga sekolah. 2. Memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan. 3. Memberikan peluang kepada semua murid menyertai aktiviti sukan mengikut tahap umur dan kebolehan. 4. Mengeratkan hubungan antara murid, guru dan ibu bapa. 5. Menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara melalui aktiviti yang menyeronokkan.   PENGISIAN PROGRAM   Prasekolah – Sukaneka   Aktiviti seperti lari membawa bola, memasukkan bola ke dalam bakul, lari membawa objek dan aktiviti koordinasi mudah.   Tahap 1 (Tahun 1–3) – Sukaneka Antara Rumah   Aktiviti lari dalam guni, membawa bola dalam sudu, isi air dalam botol dan lari berhalangan.   Tahap 2 (Tahun 4–6) – Permainan Antara Rumah   - Futsal Perempuan - Bola Jaring Lelaki - Bola Tampar   Pertandingan melibatkan tiga rumah sukan, iaitu Rumah Kuning, Rumah Merah dan Rumah Biru.   ATUR CARA PROGRAM   - 7.00 pagi – Murid dan guru berkumpul - 7.10 pagi – Senamrobik dan pemanasan badan - 7.25 pagi – Perasmian dan gimik Hari Sukan Negara - 7.35 pagi – Sukaneka Prasekolah dan Tahap 1 - 8.30 pagi – Permainan Tahap 2 - 10.00 pagi – Rehat - 10.30 pagi – Pengiraan dan semakan keputusan - 11.00 pagi – Pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah - 11.30 pagi – Sesi bergambar dan penutupan   PENUTUP   Penganjuran Hari Sukan Negara 2026 Peringkat SK Sualok merupakan usaha membudayakan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Program ini juga menjadi platform untuk membina keyakinan diri, disiplin, kerjasama dan semangat kesukanan murid.   Slogan: Lebih Aktif • Lebih Sihat • Generasi MADANI   Sukan Menyatukan Kita

Event Information

Event Date 09-10-2026 7:00 am - 11:30 am
Cut Off Date 08-10-2026 11:30 am
Capacity 183
Registered 0
Available Place 183
Individual Price PERCUMA
Location SK SUALOK

We are no longer accepting registration for this event