1) Masukkan bola jaring dalam tiang gol bola jaring Setiap rumah sukan menghantar wakil 2 orang guru Perempuan, 1 orang guru lelaki dan 4 orang murid untuk membaling bola dengan jarak yang jauh (ditentukan oleh penyelaras) kearah tiang gol jaringan. Sukan ini dimainkan secara bergilir mengikut rumah sukan Gamma, Delta, Beta dan Apha. Rumah sukan yang membuat balingan yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang. Peralatan: Bola jaring & tiang bola jaring & wisel Penyertaan: 3 guru dan 4 murid Masa yang diperuntukkan: 15 minit Syarat: Bola dibaling mengikut jarak yang ditentukan · Sediakan borang utk AJK mengira mata jaringan bagi keempat-empat rumah sukan 2) Bowling kelapa tua Setiap rumah sukan menghantar 15 orang murid (campur) dan membuat satu balingan menggunakan buah kelapa kearah botol berisi air yang telah disusun. Rumah sukan yang berjaya menjatuhkan botol terbanyak akan dikira sebagai pemenang. Penyertaan: Terbuka kepada semua murid (15 orang murid)- mix lelaki Perempuan Peralatan: Kelapa tua dan 6 botol air mineral besar yang telah diisi sedikit air & wisel Masa yang diperuntukkan: 25 minit Syarat: Bola dibaling dengan menggunakan kedua-dua tangan · Sediakan borang utk AJK mengira mata jaringan bagi keempat-empat rumah sukan 3) Bola beracun Sukan ini dimainkan secara berasingan dan didahulukan dengan murid Perempuan. Setiap rumah sukan menghantar 10 orang murid perempuan untuk membentuk satu kumpulan. Pusingan pertama dimulakan dengan rumah sukan Delta dan menentang rumah sukan Gamma. Pusingan kedua diteruskan dengan rumah sukan beta dan rumah sukan Alpha dan Beta. Pemenang daripada pusingan pertama dan kedua akan berlawan dipusingan ketiga. Seterusnya, sukan ini akan akan dimainkan lagi dengan 10 orang murid lelaki. Masa ditetapkan untuk lihat berapa orang yg keluar dari Kumpulan mereka. Penyertaan: Terbuka kepada semua murid Peralatan: Bola tampar & wisel Masa yang diperuntukkan: 30 minit (15 minit Perempuan & 15 minit lelaki ) · Sediakan borang utk AJK mengira mata jaringan bagi keempat-empat rumah sukan 4) Isi air dalam botol (berganti-ganti) Sukan ini dimainkan secara serentak untuk kesemua rumah sukan. Setiap rumah sukan mempunyai 10 orang pemain yang terdiri daripada gabungan guru dan murid. Pemain pertama dan terakhir akan dimainkan oleh guru. Syarat permainan ini adalah pemain akan mengambil air di dalam baldi dan menadah kedua tangan mereka untuk berlari ke arah botol kosong. Pemain seterusnya akan menyambung mengisi air setelah pasukan mereka sudah sampai ke destinasi. Botol yg diisi air paling banyak akan dikira sebagai pemenang. Penyertaan: 2 orang guru dan 8 orang murid Peralatan: 4 botol kosong, 4 baldi yg berisi air Masa yang diperuntukkan: 15 minit · Sediakan borang utk AJK mengira mata jaringan bagi keempat-empat rumah sukan 5) Lompat tali Sukan ini dimainkan seramai 10 orang yang terdiri daripada murid lelaki dan murid Perempuan. Sukan ini dimainkan secara bergilir2 mengikut rumah sukan. Tali akan dipegang oleh rumah sukan Gamma dan rumah sukan Alpha akan memulakan lompatan dan sebaliknya selama 15 minit. Peyertaan: 10 orang murid Peralatan: Tali Panjang dan wisel Masa yang diperuntukkan: 15 minit · Sediakan borang utk AJK mengira mata jaringan bagi keempat-empat rumah sukan