Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

HARI SUKAN KOLEJ KOMUNITI PAPAR (SABAH DIGITAL ACADEMY) (2)

HARI SUKAN KOLEJ KOMUNITI PAPAR (SABAH DIGITAL ACADEMY) (2) Hari Sukan Kolej Komuniti Papar bagi sesi 2026/2027 merupakan satu program yang dianjurkan untuk menggalakkan penglibatan aktif warga kolej kolej dalam aktiviti sukan dan rekreasi.Program ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk membudayakan amalan hidup sihat serta meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental dalam kalangan warga Kolej . Selain meningkatkan kecergasan, aktiviti sukan dapat membantu membentuk sahsiah dan nilai positif dalam diri pelajar.Melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti sukan,pelajar dapat memupuk nilai disiplin,Kerjasama,kepimpinan,semangat kesukanan serta sikap bertanggungjawab. Hari sukan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar,pensyarah dan warga Kolej Komuniti Papar.Aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan dapat mewujudkan interaksi yang lebih positif serta menggalakkan semangat kekitaan dan Kerjasama dalam kalangan peserta. Sehubungan itu,penganjuran Hari Sukan Kolej Komuniti Papar Sesi ll 2026/2027 diharapkan dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna kepada semua peserta.Program ini juga diharapkan dapat mewujudkan suasana kolej yang lebih aktif,sihat,ceria dan harmoni selaras dengan usaha melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek fizikal,mental dan sosial.

Event Information

Event Date 09-10-2026 3:00 am
Event End Date 10-10-2026 4:00 am
Registration Start Date 09-10-2026
Capacity Unlimited
Individual Price Free
Location Kolej Komuniti Papar, Sabah Digital Academy