Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

HARI SUKAN NEGARA

HARI SUKAN NEGARA LAPORAN HARI SUKAN NEGARA SK BALABAN JAYA 2026 Tarikh: 09 Oktober 2026Tempat: Tapak Tamu Pekan BeluranJumlah Kehadiran: 194 orang Ibu bapa: 25 orang Murid: 147 orang Guru dan Staf AKP: 22 orang 1. OBJEKTIF PROGRAM Memupuk budaya hidup sihat dan aktif melalui penglibatan murid, ibu bapa serta warga sekolah dalam aktiviti sukan. Meningkatkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan disiplin dalam kalangan murid. Mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa, murid, guru dan staf sekolah. Menggalakkan penyertaan aktif semua murid tanpa mengira tahap kebolehan dan umur. Membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan semangat perpaduan melalui aktiviti sukaneka secara berkumpulan. 2. LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM Sambutan Hari Sukan Negara SK Balaban Jaya 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 09 Oktober 2026 bertempat di Tapak Tamu Pekan Beluran dengan penglibatan seramai 194 orang yang terdiri daripada murid, ibu bapa, guru dan staf AKP. Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan diteruskan dengan pelbagai acara sukaneka seperti Gelung Berganti, Hidung Pinocchio, Bola Beracun dan Tarik Tali. Seramai 147 orang murid telah dibahagikan kepada 10 kumpulan yang terdiri daripada gabungan murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Sebanyak 4 stesen permainan disediakan dengan dua pasukan bertanding di setiap stesen secara bergilir-gilir menggunakan sistem rotation. Seramai 25 orang ibu bapa turut hadir bagi memberikan sokongan dan mengambil bahagian dalam aktiviti sukan yang dijalankan. Pelaksanaan program mendapat kerjasama daripada 22 orang guru dan staf AKP. 3. IMPAK PROGRAM Program ini dapat meningkatkan kecergasan fizikal, semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan murid. Selain itu, penglibatan ibu bapa turut mengukuhkan hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti setempat serta mewujudkan suasana pembelajaran luar bilik darjah yang menyeronokkan. 4. ULASAN PROGRAM Secara keseluruhannya, sambutan Hari Sukan Negara SK Balaban Jaya 2026 telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid, ibu bapa serta warga sekolah. Pelaksanaan aktiviti secara berkumpulan dan sistem penggiliran stesen membolehkan murid melibatkan diri secara aktif serta memupuk nilai kerjasama, toleransi dan semangat kesukanan. Penglibatan ibu bapa turut memberikan impak positif dalam mengeratkan hubungan antara sekolah dengan komuniti. Bagi penambahbaikan, pengurusan masa dan penyelarasan pergerakan antara stesen boleh diperkemas agar pelaksanaan aktiviti pada masa hadapan menjadi lebih sistematik dan berkesan. Secara keseluruhannya, program ini mencapai matlamat untuk membudayakan gaya hidup sihat, menggalakkan penyertaan aktif dan mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan warga SK Balaban Jaya.

Event Information

Event Date 09-10-2026
Event End Date 09-10-2026
Capacity 194
Registered 0
Available Place 194
Individual Price Free
Location SK BALABAN JAYA

We are no longer accepting registration for this event