Program Hari Sukan Negara telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga sekolah, ibu bapa dan ahli PIBG. Walaupun keadaan cuaca kurang baik, aktiviti Zumba Dance tetap dapat dijalankan di dalam dewan sekolah yang berhawa dingin dalam suasana yang selesa, ceria dan penuh bersemangat. Semua peserta memberikan kerjasama yang baik dan mengambil bahagian secara aktif sepanjang aktiviti berlangsung. Program ini telah memberikan impak positif kepada murid dan warga sekolah dengan meningkatkan kecergasan fizikal, daya tahan serta kesedaran tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu, aktiviti ini turut mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. Pelaksanaan program ini selaras dengan hasrat Dasar 1 Murid 1 Sukan untuk melahirkan murid yang cergas, sihat dan berdaya saing, di samping memupuk budaya hidup aktif dalam kalangan warga sekolah dan komuniti.