Stesen 1 – Penalty Kick Murid mengambil bahagian dalam aktiviti sepakan penalti untuk menguji ketepatan sepakan, koordinasi mata dan kaki serta tahap fokus. Setiap murid diberikan tiga percubaan untuk menjaringkan gol. Markah diberikan berdasarkan ketepatan sepakan mengikut peraturan permainan yang ditetapkan. Stesen 2 – Permainan Tradisional Batu Seremban Murid diperkenalkan kepada permainan tradisional Batu Seremban yang menguji koordinasi mata dan tangan, ketangkasan serta kesabaran. Murid bermain secara bergilir-gilir dan mengumpulkan markah berdasarkan kejayaan menyelesaikan peringkat permainan. Stesen 3 – Permainan Tradisional Guli Murid mengambil bahagian dalam permainan guli dengan menjentik guli ke arah sasaran yang ditetapkan. Aktiviti ini membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan, ketepatan serta kemahiran mengawal pergerakan. Murid juga didedahkan kepada peraturan permainan dan aspek keselamatan.