Program Senamrobik Perdana telah dilaksanakan dengan jayanya pada 27 Oktober 2026 bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif. Program ini dimulakan dengan sesi pemanasan badan, diikuti aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh guru. Semua peserta memberikan kerjasama dan menunjukkan penglibatan yang aktif sepanjang program berlangsung. Impak program: Meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan warga sekolah. Penambahbaikan : Program seumpama ini dicadangkan untuk diteruskan secara berkala bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Kesimpulan : Secara keseluruhan, program berjalan lancar dan mencapai objektif.