Aktiviti senamrobik dilaksanakan secara serentak dengan iringan muzik dan diketuai oleh guru bersama-sama sekumpulan murid. Semua murid mengikuti pergerakan senaman mengikut rentak muzik dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, memperbaiki koordinasi pergerakan badan serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid.