Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

Satu Rentak, Seribu Semangat!

Satu Rentak, Seribu Semangat! Sambutan Hari Sukan Negara 2026 di SJKC Yok Eng dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik yang penuh keceriaan dan semangat! Murid-murid serta guru-guru berganding bahu menggerakkan badan mengikut rentak muzik, sambil memupuk amalan gaya hidup aktif dan sihat. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kecergasan fizikal, malah mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama dan menyemai nilai perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Dengan satu rentak dan seribu semangat, marilah kita terus menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian!Satu Rentak, Seribu Semangat — Bersama Aktif, Bersama Cergas! 💪🎶

Event Information

Event Date 09-10-2026 8:00 am - 9:00 am
Capacity Unlimited
Individual Price Free
Location SJKC YOK ENG, SUNGAI UDANG