Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

KEJOHANAN MERENTAS DESA SJKC KEOW KUANG

KEJOHANAN MERENTAS DESA SJKC KEOW KUANG Kejohanan Merentas Desa Sekolah merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai salah satu aktiviti kokurikulum bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal murid. Program ini melibatkan penyertaan semua murid mengikut kategori lelaki dan perempuan berdasarkan tahun persekolahan.            Laluan larian sejauh 2.2 kilometer merentasi kawasan sekitar sekolah, kampung dan taman perumahan yang telah ditetapkan. Bagi memastikan keselamatan peserta sepanjang kejohanan, guru-guru, ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), sukarelawan serta pihak polis bantuan ditempatkan di setiap pos kawalan dan lokasi strategik.               Selain memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan ketahanan fizikal dan semangat kesukanan, kejohanan ini turut mendapat sokongan serta penyertaan ibu bapa dan komuniti setempat. Program ini bukan sahaja dapat memeriahkan suasana sekolah, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat.

Event Information

Event Date 10-10-2026 7:30 am - 1:00 am
Cut Off Date 07-10-2026
Capacity 800
Individual Price PERCUMA
Location SJKC KEOW KUANG