Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

HARI SUKAN NEGARA (SENAM ROBIK)

HARI SUKAN NEGARA  (SENAM ROBIK) Program Senam Robik Sempena Hari Sukan Negara 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 6 November 2026 dengan penyertaan semua murid SJKC Chung Hwa Confucian B. Aktiviti yang pada asalnya dijadualkan pada 10 Oktober 2026 terpaksa ditangguhkan akibat keadaan jerebu yang tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk meneruskan program secara indoor bagi memastikan objektif aktiviti dapat dicapai tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan murid. Program dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh ahli-ahli Kelab Olahraga sekolah. Seterusnya, semua murid mengambil bahagian dalam aktiviti senam robik dengan iringan lagu "Dai-Dai" dan "Zoo" yang diketuai oleh ahli-ahli Kelab Tarian sekolah. Penglibatan murid sebagai peneraju aktiviti telah memberikan peluang kepada mereka untuk menunjukkan bakat, keyakinan diri dan kemahiran kepimpinan. Sepanjang aktiviti berlangsung, semua murid memberikan kerjasama dan menunjukkan semangat yang tinggi dengan mengikuti pergerakan senaman bersama-sama. Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dan meningkatkan kecergasan fizikal, malah menjadi platform untuk memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan murid tanpa mengira perbezaan latar belakang. Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai matlamat untuk mengeratkan hubungan sesama murid melalui aktiviti sukan dan rekreasi yang menyeronokkan.

Event Information

Event Date 06-11-2026 8:00 am - 8:30 am
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SJKC CHUNG HWA CONFUCIAN B

We are no longer accepting registration for this event