Program Hari Sukan Negara Peringkat SJKC Seng Keow dianjurkan untuk menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan murid, guru serta warga sekolah. Program ini merangkumi pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi yang menyeronokkan bagi meningkatkan kecergasan fizikal, memupuk semangat kesukanan, mengeratkan hubungan silaturahim serta membina kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dan menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian.