Sambutan Hari Sukan Negara 2026 peringkat SMK Valdor telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 437 orang peserta yang terdiri daripada murid dan warga sekolah. Program ini bertujuan untuk memupuk budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga sekolah melalui penglibatan dalam aktiviti fizikal dan sukan. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi menggalakkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, perpaduan serta amalan gaya hidup sihat. Secara keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Diharapkan penganjuran program ini dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang kepentingan bersukan serta menjadikan aktiviti fizikal sebagai amalan dalam kehidupan seharian. Jumlah penyertaan: 437 orang. Kesimpulan: Program mencapai objektif yang ditetapkan dan berjaya menyemarakkan budaya sukan serta gaya hidup sihat dalam kalangan warga SMK Valdor.